SELASA, 13 DISEMBER 2016 @
11:09 PM
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
PENYERANG Pahang, Fauzi Roslan (kanan) dihalang pemain Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Hariz Irfan pada perlawanan akhir Piala Emas
Raja-Raja di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto BERNAMA KUANTAN: Skuad
Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja
Malaysia (PDRM) 6-2 pada aksi final piala itu di Stadium Darul Makmur, sebentar
tadi.
Kemenangan itu mengulangi kejayaan skuad
berkenaan muncul juara pada musim 2011 selepas kali terakhir beraksi di pentas
final pada 2014 yang ketika itu tewas kepada Perlis 1-2. Pada perlawanan itu,
tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus dalam usaha
memburu gol awal sebaik perlawanan bermula.
Ternyata usaha gigih itu
berhasil apabila kapten pasukan, Mohd Fauzi Rozlan yang bakal menyarung jersi
Melaka United (MU) musim depan menjaringkan empat gol sekali gus menewaskan
penjaga gol PDRM, Wan Ahmad Wan Sharifuddin pada minit ke-16, 18, 68 dan 69.
Tambahan dua gol Pahang,
masing-masing satu gol dijaringkan Muhammad Shahrul Nizam dan Baqiuddin
Samsudin pada minit ke-55 dan 78. Dua gol PDRM dijaringkan pemain tengah,
Muhammad Afzal Nazri pada minit ke-43 dan 90 yang berjaya menewaskan penjaga
gol tuan rumah, Mohd Nur Kamarullah.
Pada aksi final itu, dua gol
pantas Fauzi atau Kojie pada separuh masa pertama ternyata memberi kesan
terhadap persembahan PDRM yang dibimbing Eddy Gapil walaupun berjaya
mengurangkan defisit gol 2-1 hasil jaringan dua minit sebelum tamat separuh
masa pertama.
Namun, sentuhan berbisa Fauzi
yang menjaringkan gol ketiga dan keempat peribadinya pada minit ke-68 dan 69
ternyata merencatkan percaturan PDRM. Pada masa masa, Muhammad Shahrul Nizam
dan Baqiuddin turut muncul penjaring skuad Pahang sekali gus mengesahkan Pahang
muncul juara musim ini. Bagi PDRM pula, misi balas dendam tewas 0-2 kepada
Pahang pada peringkat kumpulan tidak kesampaian dan terpaksa berpuas hati
selaku naib juara musim ini.
PENYERANG Pahang, Mohd Fauzi
Roslan meraikan jaringannya di perlawanan akhir Piala Emas Raja- Raja menentang
PDRM di Stadium Darul Makmur. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIRPenyerang Pahang, Mohd
Fauzi Roslan meraikan jaringannya di perlawanan akhir Piala Emas Raja- Raja
menentang PDRM di Stadium Darul Makmur. - Foto Luqman Hakim Zubir
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/223527
Tiada ulasan:
Catat Ulasan